Peruntukan Utama Perlembagaan Malaysia
PENGENALAN
Ini merupakan satu langkah untuk merealisasikan cita-cita mewujudkan sebuah negara yang demokrasi dan adil untuk semua pihak.
Kedudukan bahasa melayu

assalamualaikum dan selamat datang ke blog kami........
NAMA AHLI KUMPULAN
DANNIELE ELIAS ZAFRY WONG(05DPE18F1029)
REDZUAN BIN HASLAN(05DPE18F1071)
MUHAMMAD FIKHRI BIN YUSRI(05DPE18F1051)
PENGENALAN
Perlembagaan Persekutuan Malaysia terhasil sejak kemerdekaan masih mengekalkan peruntukan-peruntukan penting dalam perlembagaan seperti :
Ini merupakan satu langkah untuk merealisasikan cita-cita mewujudkan sebuah negara yang demokrasi dan adil untuk semua pihak.
Kedudukan bahasa melayu
- merupakan lingua franca bahasa perantaraan negara ini sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
- digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi seperti mesyuarat, surat-menyurat, perundangan dan kehakiman.
- peruntukan Perkara 150 (6A) dengan jelas menyatakan bahawa walaupun dalam keadaan darurat, hal-hal yang berhubung dengan bahasa melayu adalah dilindungi oleh perlembagaan.
- akta Bahasa Kebangsaan 1967 juga memperuntukan bahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa rasmi tunggal.
- menjadi medium penyatuan bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum serta lambang jati diri dan identiti nasional.
- dipilih melalui kesepakatan dan tolak ansur dalam kalangan semua kaum di negara ini.
Kedudukan Agama Islam
- Bahagian I, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memaktubkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, tetapi agama lain boleh dianuti secara aman dan harmoni.
- Perkara 3(2) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa raja atau sultan ialah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing.
- Yang di-Pertuan Agong akan bertindak sebagai Ketua Agama Islam bagi Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan ( Putrajaya, Labuan dan Kuala Lumpur ) bagi mewakili raja-raja Melayu.
- Majlis Agama Islam ditubuhkan di setiap negeri berdasarkan undang-undang negeri.
- berperanan untuk menasihati Raja mengenai hal ehwal agama Islam.
- Perkara 11(4) memberi kuasa kepada undang-undang negeri dan undang-undang Persekutuan untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada orang Islam.
- Perkara 12(2) memperuntukan kuasa kepada Persekutuan atau sesuatu negeri untuk menubuhkan atau menyenggara institusi Islam serta membiayai perbelanjaan dalam mengadakan atau membantu ajaran Islam.
- perwarisan (berwasiat atau tidak berwasiat)
- munakahat (pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah dll )
- wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat
- adat istiadat Melayu
- zakat fitrah dan baitulmal
- masjid atau tempat solat awam
- mengadakan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam terhadap rukun Islam (kecuali perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan)
- keanggotaan, susunan dan tatacara Mahkamah Syariah
- mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan dalam kalangan penganut agama Islam.
Hak keistimewaan orang melayu
- hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera dinyatakan dalam perkara 153(1) Perlembagaan Persekutuan.
- YDPA bertanggungjawab untuk menjamin kedudukan orang Melayu dan melindungi hak kaum lain.
- hak istimewa orang Melayu merujuk kepada 3 perkara utama iaitu : i) Perkhidmatan awam ii) Ekonomiiii) Pendidikan
- Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan orang melayu
- seorang yang beragama Islam
- bertutur menggunakan bahasa Melayu
- mengamalkan adat budaya Melayu
- lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapura, atau seseorang itu telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura pada hari merdeka

- Perkara 153(2), YDPA atas nasihat Jemaah Menteri (JM) bertanggungjawab untuk menentukan perizaban jawatan di dalam sektor awam bagi orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak
- tujuan kuota atau perizaban untuk mengimbangi pola kakitangan awam dalam sektor awam yang didominasi oleh orang asing sebelum dan pada awal tahun-tahun kemerdekaan
- bagi aspek ekonomi, YDPA bertanggungjawab membantu urusan orang-orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam urusan perniagaan dan perdagangan
- Menurut Perkara 153 (6) YDPA berhak mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab memberi kelulusan permit atau lesen perniagaan dan perdagangan kepada orang Melayu mengikut kadar perizaban.
- YDPA bertanggungjawab melindungi keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam pemberian biasiswa, bantuan dan keistimewaan pelajaran, serta latihan atau kemudahan khas yang diberikan atau diadakan oleh kerajaan Persekutuan.
- kedudukan istimewa orang Melayu lain adalah berkaitan tanah rizab Melayu yang termaktub dalam Perkara 89 dan 90 Perlembaggan Persekutuan
- perkara 89 menyentuh mengenai tanah rizab Melayu manakala Perkara 90 menyentuh tentang pengecualian undang-undang yang ada berkenaan tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka serta tanah pegangan Melayu di Terengganu.
Hak kewarganegaraan
- Kuatkuasa undang-undang
- pendaftaran
- permohonan kemasukan
- pencantuman wilayah
Menceritakan secara terperinci tentang perkara kebebasan asasi yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia :
Perkara 5. Kebebasan diri
(1) Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.
(2) Jika pengaduan dibuat kepada Mahkamah Tinggi atau mana-mana hakim Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa seseorang sedang ditahan dengan menyalahi undang-undang, maka mahkamah itu hendaklah menyiasat pengaduan itu dan, melainkan jika mahkamah itu berpuas hati bahawa tahanan itu adalah sah, hendaklah memerintahkan supaya orang itu dibawa ke hadapan mahkamah itu dan a.
(3) Jika seseorang ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh alasan-alasan dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan dan dibela oleh seorang pengamal undang-undang pilihannya.
(4) Jika seseorang ditangkap dan tidak dilepaskan, maka orang itu hendaklah tanpa kelengahan yang tidak munasabah, dan walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa apa-apa perjalanan yang perlu) dibawa ke hadapan majistret dan orang itu tidak boleh ditahan dalam jagaan selanjutnya tanpa kebenaran majistret itu:
Dengan syarat bahawa Fasal ini tidaklah terpakai bagi penangkapan atau penahanan mana-mana orang di bawah undang-undang yang sedia ada yang berhubungan dengan kediaman terhad, dan kesemua peruntukan Fasal ini hendaklah disifatkan telah menjadi suatu bahagian perlu Perkara ini mulai dari hari Merdeka:
Dengan syarat selanjutnya bahawa dalam pemakaiannya bagi seseorang, selain seorang warganegara, yang ditangkap atau ditahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan imigresen, Fasal ini hendaklah dibaca seolah-olah perkataan "tanpa kelengahan yang tidak munasabah, dan walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa apa-apa perjalanan yang perlu)" telah digantikan dengan perkataan "dalam tempoh empat belas hari":
Dan dengan syarat selanjutnya bahawa dalam hal penangkapan bagi sesuatu kesalahan yang boleh dibicarakan oleh mahkamah Syariah, sebutan dalam Fasal ini mengenai majistret hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan mengenai hakim mahkamah Syariah.
Perkara 6. Keabdian dan kerja paksa dilarang.
(1) Tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi.
(2) Segala bentuk kerja paksa adalah dilarang, tetapi Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan mengenai perkhidmatan wajib bagi maksud-maksud negara.
(3) Kerja atau khidmat yang dikehendaki daripada mana-mana orang sebagai akibat daripada sesuatu sabitan atau dapatan bahawa dia bersalah di mahkamah tidaklah dikira sebagai kerja paksa mengikut pengertian Perkara ini, dengan syarat kerja atau khidmat itu dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan suatu pihak berkuasa awam.
(4) Jika menurut mana-mana undang-undang bertulis kesemua atau mana-mana bahagian daripada fungsi mana-mana pihak berkuasa awam dikehendaki dijalankan oleh suatu pihak berkuasa awam yang lain, bagi maksud membolehkan fungsi-fungsi itu dilaksanakan, maka pekerja-pekerja pihak berkuasa awam yang mula-mula disebut adalah terikat untuk berkhidmat dengan pihak berkuasa awam yang kedua disebut, dan perkhidmatan mereka dengan pihak berkuasa awam yang kedua disebut itu tidaklah dikira sebagai kerja paksa mengikut pengertian Perkara ini, dan tiada seorang pun pekerja itu berhak menuntut apa-apa hak sama ada daripada pihak berkuasa awam yang mula-mula disebut atau kedua disebut itu oleh sebab pertukaran pekerjaannya.
Perkara 7. Perlindungan daripada undang-undang jenayah kuat kuasa ke belakang dan perbicaraan berulang.
(1) Tiada seorang pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau peninggalan yang tidak boleh dihukum menurut undang-undang pada masa perbuatan atau peninggalan itu dilakukan atau dibuat, dan tiada seorang pun boleh menanggung hukuman yang lebih berat kerana sesuatu kesalahan daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang pada masa kesalahan itu dilakukan.
(2) Seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan atas sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan yang sama kecuali jika sabitan atau pembebasan itu telah dibatalkan dan perbicaraan semula diperintahkan oleh suatu mahkamah yang lebih atas daripada mahkamah yang telah membebaskan atau mensabitkannya itu.
Perkara 8. Kesamarataan.
(1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
(2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.
(3) Tidak boleh ada diskriminasi yang memihak kepada mana-mana orang atas alasan bahawa dia seorang rakyat Raja bagi mana-mana Negeri.
(4) Tiada pihak berkuasa awam boleh mendiskriminasikan mana-mana orang atas alasan bahawa dia bermastautin atau menjalankan perniagaan di mana-mana bahagian Persekutuan di luar bidang kuasa pihak berkuasa itu.
(5) Perkara ini tidak menidaksahkan atau melarang—
- (a) apa-apa peruntukan yang mengawal selia undang-undang diri;
- (b) apa-apa peruntukan atau amalan yang mengehadkan jawatan atau pekerjaan yang berkaitan dengan hal ehwal mana-mana agama, atau sesuatu institusi yang diuruskan oleh sekumpulan orang yang menganuti mana-mana agama, kepada orang yang menganuti agama itu;
- (c) apa-apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau pemajuan orang asli Semenanjung Tanah Melayu (termasuk perizaban tanah) atau perizaban bagi orang asli suatu perkadaran yang munasabah daripada jawatan-jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam;
- (d) apa-apa peruntukan yang menetapkan kemastautinan di sesuatu Negeri atau di sebahagian sesuatu Negeri sebagai suatu kelayakan bagi pemilihan atau pelantikan kepada mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa hanya di Negeri atau di bahagian itu sahaja, atau bagi pengundian dalam pemilihan itu;
- (e) apa-apa peruntukan Perlembagaan sesuatu Negeri, yang adalah atau yang bersamaan dengan suatu peruntukan yang berkuat kuasa sebaik sebelum Hari Merdeka;
- (f) apa-apa peruntukan yang mengehadkan pengambilan masuk tentera ke dalam Rejimen Askar Melayu kepada orang Melayu.
Perkara 9. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak.
(1) Tiada seorang pun warganegara boleh dibuang negeri dari atau ditahan masuk ke Persekutuan.
(2) Tertakluk kepada Fasal dan kepada mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam, kesihatan awam, atau penghukuman pesalah, tiap-tiap warganegara berhak bergerak dengan bebas di seluruh Persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya.
(3) Selagi mana-mana Negeri lain berada dalam kedudukan istimewa di bawah Perlembagan ini berbanding dengan Negeri-Negeri Tanah Melayu, Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan sekatan-sekatan, antara Negeri itu dengan Negeri-Negeri yang lain, ke atas hak-hak yang diberikan oleh Fasal (2) berkenaan dengan pergerakan dan kemastautinan.
Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
(1) Tertakluk kepada Fasal
- (a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
- (b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
- (c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—
- (a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan , apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;
- (b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan , apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;
- (c) ke atas hak yang diberikan oleh pereng, apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.
(3) Sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan.
(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah ,Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.


Menghuraikan Beberapa Perkara Dalam Peruntukan Perlembagaan Yang Menjadi Tolak Ansur Antara Orang Melayu Dengan Bukan Melayu:
1 1. Ancaman kepada Melayu
Entah mengapa sejak kebelakangan ini sudah timbul keberanian luar biasa daripada pelbagai pihak untuk mempertikaikan apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Antara perkara yang semakin lantang menjadi perdebatan atau perbahasan ialah mengenai Perkara 153 berhubung keistimewaan orang Melayu.
Walaupun pihak-pihak yang berbuat demikian amat memahami ia sesuatu yang sensitif namun mereka tidak mempedulikan itu semua.
Sebaliknya satu demi satu hujah mereka keluarkan bagi menggugat apa yang sudah terpahat dalam Perlembagaan. Persoalannya wajarkah perkara seumpama itu terus menjadi pertikaian? Tidakkah ia sepatutnya dihormati memandangkan ia adalah satu Perlembagaan negara?
Kegagalan orang Melayu untuk berhujah mengenai intipati apa yang terkandung dalam Perlembagaan juga menjadi punca pihak lain mampu mempertikaikan apa yang sudah diperuntukkan.
Kemudian , Sikap generasi baru yang mahu memperjuangkan kesamarataan antara kaum juga turut menyebabkan segala yang ditetapkan oleh Perlembagaan mengenai orang Melayu semakin terancam .Kenapa sejak kebelakangan ini perkara-perkara dalam Perlembagaan terus dipertikaikan?
Sesetengah pihak pada masa ini ia memang menunjukkan sikap “ ingin tahu “ apa yang ada dalam Perlembagaan dan kemudian mempertikaikan kewujudannya tanpa mahu memahami kenapa ia diwujudkan. Apa yang sepatutnya dilakukan ialah bertanya kenapa sesuatu perkara dalam Perlembagaan itu diwujudkan, contohnya dalam soal hak keistimewaan orang Melayu yang terkandung dalam Perkara 153.
Sejarah bangsa Melayu dan pembentukan Perlembagaan sesetengah perkara itu harus diterima, ertinya tidak boleh ditolak atau diubah semata-mata untuk mengikut perubahan semasa. Untuk perkara sebegitu , demokrasi mempunyai ruang bagi membolehkan perkara dalam Perlembagaan diperbincangkan tetapi bukan sampai ke tahap yang boleh menggugat Perlembagaan itu sendiri. Ini termasuklah perbincangan yang menjurus ke arah provokasi seperti hendak membuang peruntukan Perlembagaan yang sedia ada.
Apakah peruntukan Perkara 153 dalam Perlembagaan itu keterlaluan melindungi orang Melayu sehingga menjejaskan bangsa-bangsa lain? Suruhanjaya Reid,menyatakan kalau orang Melayu mengambil hak Melayu secara tidak terancang ia boleh meruntuhkan pembinaan bangsa dan negara. Atas sebab itu , orang Melayu menyatakan tidak berpendapat bahawa Perkara 153 memberi kelebihan melampau kepada orang Melayu.
Sistem tersebut mesti bergerak dengan hak-hak munasabah terhadap bangsa lain. Suruhanjaya Reid merujuk salah satu syarat Perlembagaan ialah menjaga kedudukan Melayu dan Islam serta menjaga hak-hak munasabah terhadap bangsa lain, jadi apabila orang Melayu menjaga kepentingan Melayu ini tidak bermakna orang Melayu mengabaikan bangsa lain. Untuk membina sebuah negara yang aman dan damai serta mewujudkan kestabilan politik Melayu memerlukan kesaksamaan dan keadilan.
Selepas itu , Perlembagaan orang Melayu diberi sedikit kelebihan atau keistimewaan tetapi dari segi aplikasinya mungkin tidak begitu ketara. Adalah tidak adil untuk mengatakan orang Melayu mendapat segala-galanya. Cuba lihat siapa yang mengawal ekonomi Malaysia ?
Laporan Suruhanjaya Reid mengenai Perlembagaan mempunyai kelebihan kepada orang Melayu diberikan sejak 1948. Pada tahun itu, orang British sendiri tidak pernah menyentuh soal Melayu dan Islam. Ini kerana ia menjadi subjek yang terlalu sensitif kepada British. Namun dalam masa yang sama terdapat terma bahawa bangsa lain tidak diabaikan.
Punca utama kerana orang Melayu tidak pandai berhujah, kita tidak memahami sejarah sendiri. Kelemahan orang Melayu sekarang ialah tidak memahami kenapa diwujudkan keistimewaan dalam Perlembagaan. Pembinaan bangsa, adalah jelas semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum berhak untuk merasa bangga menjadi rakyat negara ini tetapi ia tidak bermaksud kepentingan Melayu harus dilunturkan. Rakyat seharusnya memahami sejarah yang menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara yang dianggotai oleh pelbagai bangsa tetapi tidak boleh mengenepikan kerangka asas pembinaan negara ini iaitu orang Melayu.
Seharusnya orang Melayu memberi pemahaman kepada bangsa lain kenapa terdapat peruntukan tertentu mengenai Melayu dan Islam dalam Perlembagaan. Dalam soal Perkara 153 bukan mudah ia ditarik begitu sahaja. Ini kerana ia mempunyai hubung kait dengan peruntukan-peruntukan lain seperti keistimewaan raja-raja.
Sedangkan institusi raja-raja bertanggungjawab terhadap dua perkara iaitu Melayu dan Islam. Institusi raja-raja dibentuk oleh Perlembagaan dengan tujuan mewujudkan kestabilan politik. Tetapi kalau soal Melayu ditarik dalam Perkara 153, ertinya raja pun tidak akan wujud. Keadaan itu kalau berlaku sudah tentulah akan menjejaskan kestabilan politik negara. Bagaimanapun kalau boleh soal mengenai Melayu ini tidaklah dibincangkan dalam suasana terlalu panas atau penuh provokasi. Masyarakat Malaysia sudah mengetahui isi kandungan Perlembagaan. Oleh itu orang Melayu terutama pemimpin kita harus pandai berhujah dan memahami Perlembagaan tanpa sentimen politik.
Perbincangan antara isu politik dengan isu Perlembagaan harus dibicarakan . Perbincang soal Perlembagaan secara akademik dan intelektual bukan provokasi. Jika dilihat dari semasa ke semasa semakin banyak peruntukan Perlembagaan mengenai orang Melayu diganggu gugat. Dahulu ia bermula dengan Perkara 152 iaitu mengenai bahasa Melayu dan sekarang Perkara 153 pula. Jika dibiarkan, ia akan menyebabkan porak peranda kerana sistem pentadbiran negara dan kestabilan politik akan terancam.
Bersetuju atau tidak jika orang mengatakan masalah kita bukan dengan sistem tetapi pemain. Jika membiarkan peruntukan-peruntukan itu dibincangkan secara provokatif mendatangkan masalah lebih besar. Dalam soal ini pemain harus memastikan peruntukan itu dijalankan sebagaimana yang dimaksudkan dalam Perlembagaan. Selain itu, mereka juga harus memantau sejauh mana peruntukan itu dilaksanakan.
Para pemain dalam sistem ini perlu berubah dan melihat balik apa yang mereka buat itu bertepatan dengan tujuan atau objektif Perlembagaan atau tidak. Ini bagi mengelakkan Perlembagaan hanya menjadi kosmetik.
Kalau Perlembagaan itu hendak dihormati ia harus dilaksanakan, masalahnya tidak ada penguatkuasaan jika ia dilanggar. Walaupun Perlembagaan bukanlah kanun keseksaan tetapi kita sudah membina satu konvensyen atau adat Perlembagaan yang harus dihormati.
Atas sebab itu orang Melayu memerlukan penguatkuasaan yang tegas ke atas pencabulan Perlembagaan. Kalau kita dilihat lemah dalam soal ini sudah pasti ada pihak yang akan melakukan provokatif untuk menolak apa-apa yang termaktub dalam Perlembagaan.
Faktor utama yang menyebabkan kekeliruan ini berlaku kerana orang tidak faham apa konsep keadilan dalam sistem Perlembagaan orang Melayu. Kalau hendak bagi semua orang sama rata itu tidak adil. Lihatlah sejarah bangsa mana-manapun sudah pasti ada sesetengah golongan harus diberi keutamaan. Apa yang diberikan oleh Perlembagaan kepada orang Melayu tidaklah melampau. Jadi tidak perlulah lagi dipersoalkan mengenai hak keistimewaan orang Melayu ini.
Orang Melayu terlalu berdiplomatik dengan sifat kemelayuan, sedangkan Melayu sebenarnya kuat dan hebat, tetapi masyarakat sekarang tidak terlalu apologetik. Sikap apologetik dan diplomatik, sikit-sikit minta maaf menyebabkan orang naik tocang. Sikap ini kalau dilakukan terlalu kerap orang akan bosan. Faktor utama mengapa hak orang Melayu di sisi Perlembagaan sering dipersoalkan ialah tidak tegas dari segi penguatkuasaan dan sifat apologetik. Inilah dua karakter yang menyebabkan Perkara 153 dipijak, menyebabkan kedudukan orang Melayu dipijak sehingga orang Melayu rasa bersalah dan malu untuk mengaku orang Melayu sebenarnya ada keistimewaan .
2 . Bertolak ansur ke arah perpaduan negara
Satu isu hangat ialah kerakyatan jus soli. Kerakyatan ini yang menjadi tuntutan orang dagang tidak dapat diterima oleh orang Melayu. Ini adalah kerana prinsip kerakyatan jus soli memberikan hak sama rata kepada semua kaum dan ini dianggap boleh melemahkan lagi kedudukan orang Melayu. Namun selepas beberapa rundingan dibuat, Raja-Raja Melayu telah menerima kerakyatan jus soli dengan syarat orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istemewa orang Melayu dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Dengan tolak ansur ini satu pakatan murni antara kaum telah terbina di Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Perkara lain yang telah dipersetujui termasuklah agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan Tanah Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Memang sudah begitu cantik dan kemas susun ayat yang terkandung dalam ‘kontrak sosial’ yang dibuat oleh Raja-Raja Melayu dengan pemimpin-pemimpin Melayu, Cina dan India. Akhirnya semua setuju untuk menyelesaikan masalah yang paling rumit ketika itu – kerakyatan Jus Soli.
Isu kerakyatan Jus Soli merupakan isu ‘ duri dalam daging’ yang perlu diselesaikan oleh pemimpin-pemimpin kaum sekiranya kemerdekaan negara hendak dicapai. British masih bertegas bahawa sekiranya ketiga-tiga kaum tidak bersatu hati dan tidak sepakat mereka tidak akan memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Dan kemungkinan British meletakkan syarat berkenaan dengan harapan isu kerakyatan ini tidak akan dapat diselesaikan oleh kaum-kaum yang ada di Tanah Melayu ketika itu. Mungkin British juga merasakan bahawa isu perpaduan kaum terbesar ini tidak akan dapat tercapai memandangkan British telah pun berjaya menjalankan dasar ‘ pecah dan perintahnya’.
Orang Melayu ‘ bermati-matian ‘ mempertahankan agar kerakyatan Jus Soli tidak diterima. Orang Melayu tentunya tidak dengan senang menyerahkan kerakyatan kepada orang asing, kaum pendatang ia itu orang Cina dan India. Mereka merasakan tanggungjawab mereka untuk mempertahankan negara ini kerana Tanah Melayu adalah negara mereka. Takkanlah negara yang mereka punya hendak diserahkan kepada orang asing. Apatah lagi negara jiran seperti Indonesia dan Thailand tidak memberikan kerakyatan kepada orang lain – orang Cina misalnya.
Pemimpin ketiga-tiga kaum ketika itu betul-betul dalam dilemma. Hendak ditelan mati emak dan jika diluah mati bapak. Apakah cara mereka hendak menyelesaikan isu yang rumit ini.
Keadaan episode sejarah inilah yang perlu betul-betul difahami oleh setiap kaum di Malaysia kemudian hari. Samada Melayu, Cina atau India. Mereka kena betul-betul faham dan dapat menggambarkan suasana keadaan itu yang amat memerlukan pemimpin kita membuat keputusan yang tepat dan jitu.
· Negara perlu dimerdekakan.
· British meletakkan syarat yang ketiga-tiga kaum mesti bersatu dan bersetuju sebelum diberikan kemerdekaan.
· Orang Melayu membangkang keras pemberian kerakyatan kepada orang bukan Melayu.
· Orang asing – Cina dan India mengharapkan mereka diberikan kerakyatan dengan beberapa alasan yang kukuh
Di sinilah letaknya perasaan keikhlasan para pemimpin di Tanah Melayu yang tidak ada tolak bandingnya dalam sejarah kemerdekaan negara. Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambanthan adalah tokoh-tokoh negara yang tidak harus dilupakan jasa mereka oleh anak cucu kita terhadap perjuangan memerdekakan negara.
Diatas semangat keikhlasan juga mereka dapat menyelesaikan masalah yang begitu rumit untuk diselesaikan. Masing-masing mungkin memikirkan tentang kesejahteraan bangsa mengatasi segala-galanya dalam menyampaikan kata sepakat mereka. Lantas terhasillah kontrak sosial yang amat penting yang setiap kaum harus patuhi sampai hari ini.
· Raja-Raja Melayu menerima kerakyatan Jus Soli. Orang bukan Melayu pula mengiktiraf kedudukan istemewa orang Melayu dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan Tanah Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Semenjak zaman awal menuntut kemerdekaan negara, syarat-syarat ini telah dipersetujui oleh ketiga-tiga kaum yang terbesar di negara ini. Tidak pernah dipersoalkan secara terbuka. Walaupun pada mulanya ada sungutan dan perasaan ketidakpuasan hati tentang persetujuan itu namun setelah beberapa lama setiap kaum saling memahami tentang kepentingan kontrek sosial itu. Setiap kaum akur dan memahami mengapa syarat-syarat itu perlu dipatuhi.
Oleh itu tidak harus ada sesiapa pun yang cuba mempersoal dan menggugat kontrak sosial yang telah termeterai itu. Dengan sebab itulah apabila ada suara-suara sumbang yang meminta dikaji semula kerakyatan yang telah dipersetujui, maka rakyat dari semua kaum dan yang berlainan fahaman politik turut menentangnya. Inilah semangat bangsa Malaysia yang tulin.
Melalui permuafakatan sosial ini, Orang melayu bersedia mengubah tanah asal tumpah darah keturunan mereka menjadi tanah perkongsian dengan orang Cina dan orang India. Orang Melayu bersetuju memberikan hak kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli kepada orang-orang bukan Melayu. Sebagai balasan orang bukan Melayu bersetuju agar kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu dikekalkan dalam perlembagaan. Perkongsian orang Melayu ialah memberikan kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli dan balasan orang bukan Melayu pula ialah memberikan kedudukan istimewa kepada orang Melayu , mengekalkan Agama Islam sebagai Agama Rasmi dan Agama Persekutuan, menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu.
Permuafakatan dan tolak ansur antara orang Melayu dan bukan Melayu ini juga merupakan nilai-nilai unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia.
Antara unsur-unsur Tradisi dalam perlembagaan persekutuan ialah pemerintahan beraja , kedudukan istimewa orang melayu, agama islam dan Bahasa melayu.
Pemerintahan beraja mutlak ditukar kepada system Raja Berpelembagaan.Manakala,kedudukan orang Melayu pula dipelihara sebagai tanggungjawab khas Yang di-Pertuan Agong.Agama Islam pula dijadikan agama rasmi Persekutuan dan Bahasa Melayu dijadikan sebagai Bahasa kebangsaan
Tanah Melayu mungkin tidak Berjaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 tanpa kontrak sosial ini kerana pihak British menjadikan permuafakatan sebagai prasyarat kemerdekaan. Kontrak sosial ini juga merupakan asas yang menjadikan Malaysia sebuah negara merdeka di bawah sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan selain menjadi anak kunci kepada perpaduan antara kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
3 . HAK KEISTIMEWA MELAYU
Hak istimewa orang Melayu dan bumiputera yang terkandung dalam Perkara 153, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi (Perkara 152) serta Islam sebagai agama rasmi (Perkara 3) di bawah Perlembagaan Persekutuan bukan diwujudkan semata-mata untuk menjaga kedudukan orang Melayu.
Sebaliknya jelasnya, ia diwujudkan berasaskan fakta serta sejarah penubuhan negara sejak zaman kesultanan Melayu sehingga pembentukan Malaysia yang mengiktiraf orang Melayu sebagai penduduk asal di negara ini selain mewujudkan keharmonian dengan kaum- kaum lain.
”Jadi, tiada sebab orang Melayu tidak mempertahankan perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan kerana ia berasaskan kewujudan budaya serta orang Melayu di negara ini selain memelihara kedudukan agama Islam.
”Maka, generasi muda Melayu tidak harus rasa malu untuk pertahankan hak kaum sendiri.
”Sekiranya kita bersikap terlalu mengagungkan budaya orang lain sehingga tidak mempedulikan nasib kaum sendiri, ia tetap tidak akan mengubah hakikat bahawa kita adalah orang Melayu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Jurang Pembangunan dan Kewajipan Melaksanakan 153 pada Forum Wacana 153 anjuran bersama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di sini hari ini.
Perlembagaan itu bukan diwujudkan untuk menjaga kepentingan orang Melayu sahaja, sebaliknya ia untuk memelihara keharmonian kaum lain di negara ini.
Isu berkaitan kewarganegaraan ini terkandung di dalam Bahagian 3 Perlembagaan Malaysia. Hak serta cara-cara mendapatkan kewarganegaraan Malaysia terkandung dalam Perkara 14 hingga 22. Perkara 23 hingga 28 pula adalah berkaitan dengan kehilangan hak kewarganegaraan. Secara umumnya, seseorang itu boleh mendapatkan kewarganegaraan Malysia melalui kuat kuasa undang-undang pendaftaran,permohonan kemasukan dan melalui percantuman wilayah.Kewarganegaraan secara percantuman wilayah pula diberikan kepada penduduk Singapura, Sadah dan Sarawak yang menganggotai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
Sejarah sangat penting dalam kehidupan manusia dengan menjadi panduan dan iktibar kepada Bangsa Melayu untuk memperbaiki kesilapan masa lalu bagi membolehkan masyarakat mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Tanpa belajar daripada kesalahan dan kesilapan masa lalu, kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan sahaja merugikan seseorang individutetapi mungkin juga kepada keluarga, masyarakat dan negara mahupun bangsa.Melalui sejarah, rakyat dapat mempelajari kejayaan bangsa dan negara seperti zaman keemasan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 yang boleh dijadikan perangsang untuk memacukemajuan negara. Tidak dapat dinafikan, pembentukan negara Malaysia pada hari ini bertitik-tolak daripada kewujudan Kerajaan Melayu Melaka yang telah diasaskan oleh Parameswara.Sejarah juga membolehkan kita mengingati kegemilangan masa silam yang mana jika adakesedaran, kegigihan dan kesungguhan di kalangan pemimpin dan rakyat, keagungan tersebutmampu diulangi malah mungkin lebih cemerlang. Malaysia kini mengecapi pelbagaikecemerlangan dalam pelbagai bidang dan menjadi antara negara membangun yang palingmaju di dunia. Dengan kegigihan pemimpin dan rakyatnya, tidak mustahil Malaysia mampumengecapi kegemilangan dan mengulangi semula zaman kegemilangan Kesultanan MelayuMelaka pada abad ke-15.Di samping itu sejarah juga dapat memupuk semangat patriotisme atau semangat cintakannegara. Perasaan ini timbul apabila kita mempelajari sejarah tanahair dan dengan itu akanlahirlah rasa bangga terhadap negara dan bangsa. Tanpa semangat ini, maruah negara kita boleh tercalar apabila lahirnya warganegara yang sanggup mengadai dan menjual maruahnegara seperti terlibat dengan kegiatan menyeludup masuk warga asing. Semangat patriotisme timbul apabila kita mengetahui dan memahami siapa diri, bangsa dan negara kita,serta mempunyai pengetahuan teguh tentang sejarah negara kita. Namun begitu, ramaigenerasi muda hari ini hanya mempelajari sejarah semata-mata untuk lulus di dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah mahu pun di universiti. Malangnya mereka gagaluntuk memahami kepentingan mata pelajaran sejarah dan terhasil rakyat Malaysia yang butasejarah negara sendiri.Sejarah juga membantu kita menghargai dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatannegara. Proses mendapatkan kemerdekaan telah pun selesai pada1957 tetapi pengisiannya bukanlah perkara yang mudah. Lebih sukar di negara majmuk seperti Malaysia. Jika generasimuda hari ini tidak memahami sejarah pembentukan negara, apa yang telah bina akan runtuhdan musnah. Meruntuhkan sesuatu amat mudah tetapi untuk membina atau membentuk sesuatu itu yang sukar. Negara merdeka Tanah Melayu dibentuk hasil tolak ansur orang-orang Melayu untuk menerima golongan imigran Cina dan India. Pemahaman terhadapkontrak sosial ini amat penting untuk memacu Malaysia sebagai negara maju. Kegagalanmemahami kontrak sosial ini mampu mendatangkan impak negatif kepada negara. Namun begitu dengan memiliki pengetahuan sejarah, rakyat Malaysia dapat memahami situasi inidan akan menjadi bangsa yang bersyukur seterusnya bersama-sama mengembling tenagauntuk membangun dan mengukuhkan negara.Jelas kepada kita betapa pentingnya pengetahuan sejarah kepada rakyat Malaysia. Tanpa pengetahuan sejarah terutamanya mengenai pembentukan negara kita yang bermula dengan
Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, akan lahirlah warganegara tanpa jati diri. Merekaini tidak menghargai apa yang telah dimiliki pada hari ini dan lahirlah warganegara yangtidak bersyukur, lupa asal- usul, adat resam dan budaya. Tidak hairanlah jika akan lahir rakyat Malaysia yang tamak haloba dalam mencapai matlamat hidup tanpa mempedulikanhalal-haram dari aspek undang-undang dan memcampakkan kontrak sosial negara ketepidemi mencapai cita-cita mereka. Hargailah apa yang telah kita kecapi hari ini. PresidenAmerika Syarikat ke-44, Barack Hussin Obama dalam ucapan sulung sebagai presidenmengungkapkan: Sejarah akan menilai kita dengan apa yang kita bina dan bukan dengan apayang kita runtuhkan. Contohnya ialah :
1.Dapat mengeratkan hidup rakyat berbilang kaum.
- Perbezaan agama,budaya,dan kaum tidak menghalang hidup dalam harmoni.
- Mengenal asal usul,hak masing-masing,dan peranan yang perlu di lakukan
- Memahami asal usul dapat menghindar perasaan iri.2.Mengenali tokoh yang melakar sejarah tanah air.
2.Mengenali tokoh yang melakar sejarah tanah air.
- Mereka berjuang memperjuangkan tanah air daripada penjajahan inggeris.
- Para pejuang berkorban untuk keselesaan anak watan.
- Kemerdekaan secara muafakat menyedarkan kita akan keringat pejuang silam.
3.Memperolehi kemerdekaan lebih mudah berbanding mempertahankannya.
- Hidup senang menyebabkan tidak berwaspada akan kemungkinan buruk.
- Penjajah kini berupa penjajah ekonomi.
- Sejarah berulang dan kita perlu beringat.
4.Dapat menambahkan pengetahuan.
- Berpengetahuan dapat menggerak minda berwawasan.
- Tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.
- Menyayangi diri sendiri dan bahan sejarah.
RUJUKAN : BUKU TEKS PENGAJIAN MALAYSIA ( BERMULA DARI MUKA SURAT 79 SEHINGGA MUKA SURAT 80 )
- ( NORMURNI MOHAMMAD , RAZANA FATIN ABDULLAH@RAZALI , MOHAMAD FAIZAL AHMAT )
4 . ISU PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
Usaha kerajaan untuk mewujudkan ‘sistem amaran konflik perkauman’ sebagaimana yang dicanangkan tahun lalu mengheret beberapa persepsi terhadap pencapaian negara dalam usaha menyemarakkan perpaduan kaum. Antara persoalan yang terbangkit ialah sejauh manakah usaha kerajaan selama ini berhasil untuk memakmurkan perpaduan kaum, dan apakah pencapaian usaha perpaduan kaum selama ini amat lemah sehingga kerajaan memerlukan suatu sistem indikator bagi mengesan konflik perkauman.
Pada junktur sejarah, usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula bercambah setelah tercetusnya tragedi 13 Mei apabila Majlis Perpaduan Negara dan selaras dengan itu Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan. Namun saya lihat bahawa bibit-bibit usaha ke arah yang sama juga telah dibenihkan dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1957 lagi. Dalam konteks ini klausa-klausa dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, peruntukan pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan penggunaan bahasa kaum minoriti, telahpun dimaktubkan melalui Artikel 152 dan 153, yang seringkali kita rujuk sebagai ‘kontrak sosial’ antara pemimpin-pemimpin parti pelbagai etnik yang dominan di Malaysia.
Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956), negara-negara Dunia Ketiga pascamerdeka amat teruk dikacaubilaukan oleh penjajah dengan polisi ‘pecah dan perintah’. Polisi sedemikian juga amat lumayan diamalkan oleh pihak British ke atas datuk nenek kita dahulu sebelum merdeka kerana pendekatan sedemikian menguntungkan pihak penjajah. Bagi Furnival falsafah sedemikian telah mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme atau suatu bentuk masyarakat berbilang kaum yang ‘they mix but do not combine’ atau dalam bahasa ibunda, ‘mereka bercampur tetapi tidak bersatu.’ Bagi Furnival falsafah pluralisme sedemikian lebih banyak mendatangkan bencana kepada kestabilan sosial dan politik negara. Menurut Dr Candra Muzaffar, masyarakat kita lebih cenderung kepada hubungan ‘fungsional daripada hubungan empatetik’. Makudnya kita sekadar berhubungan di pejabat, di pasar dan di tempat kerja, tetapi kita tidak mahu berkongsi masalah yang melampaui sempadan-sempadan persekitaran tersebut.
Sebaliknya kita juga sedar bahawa ‘perpaduan kaum’ adalah pemboleh ubah penting dalam menentukan kestabilan politik, sosial, malah ekonomi. Perpaduan kaum itu menuntut hubungan ‘empatetik’ sebagaimana disarankan oleh Dr Chandra. Mana-mana kerajaan jua pastinya berusaha untuk menentukan elemen-elemen penting perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur dapat dicapai. Konsep masyarakat majmuk sebagaimana yang dilihat oleh Furnival, memperakui dan membenarkan keperbedaan nilai, norma, budaya dan adat resam sesuatu kaum minoriti. Malah dalam konteks Malaysia, kerajaan amat prihatin dan kaya timbang rasa sehingga toleransi dalam konsep pluralisme itu, tanpa disedari, sedikit-sebanyak telah menjadi peyumbang kepada benih-benih perkauman sesama kita.
Pada suatu ektrim tertentu saya melihat bahawa usaha jitu kerajaan untuk memakmurkan dan menyuburkan perpaduan kaum melalui program perpaduan kaum antara masyarakat berbilang etnik telah banyak terganggu dan kadangkala terbantut pada kadar yang tidak sanggup kita perakui. Tanpa niat mencabar Perlembagaan, melalui falsafah yang didokong oleh Artikel 152 (memberi hak kepenggunaan bahasa minoriti), saya melihat seakan-akan wujud konflik dengan falsafah yang didokong oleh Artikel 153 (menekankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi).
Dalam persekitaran yang keterasingan sedemikian saya lihat aliran dan hala tuju perpaduan kaum tidak menggalakkan pertembungan budaya yang dibawa oleh sistem sekolah monoetknik, dan begitu juga media massa monoetnik. Hal ini menjadi semakin rumit apabila institusi politik kita juga di lihat tertegak atas falsafah monoetnik yang turut memakmurkan konsep pluralisme Furnival.
Profesor Hamdan Adnan, bekas Pesuruhjaya Suhakam, pernah mencatatkan bahawa daripada tahun 1945 hingga 1969 sejumlah dua puluh dua insiden pergeseran etnik telah berlaku, dengan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai insiden yang paling dahsyat. Saya gusar dan sangsi jika statistik sedemikian menurun kerana kadangkala diri kita sendiri seringkali menutup sebelah mata untuk mendedahkan secara serius isu-isu sedemikian. Misalnya Malaysia tidak sunyi daripada peristiwa yang condong kepada perbalahan etnik seperti peristiwa penentangan Dong Jiao Zhong terhadap dasar kementeraian pendidikan pada tahun 1987 yang membawa kepada pelaksanaan ‘Operasi Lalang’, yang menurut beberapa pemerhati politik, hampir sahaja mengulangi peristiwa 13 Mei. Perbalahan pengurusan sebuah kuil Hindu dan masjid di Kampung Rawa, Pulau Pinang pada tahun 1998, tragedi Kampung Medan pada tahun 2001, peristiwa pergaduhan etnik antara peserta PLKN, dan isu mahasiswa UM (malah di semua universiti di Malaysia secara amnya) yang tidak mesra dalam bentuk hubungan silang-etnik, mungkin mengundang kita untuk sama-sama memikirkan tentang kejayaan dasar dan modus operandi perpaduan kaum negara.
Mungkin juga pada suatu ekstrim yang lain, peristiwa-peristiwa berkenaan hanya sekadar kes-kes terpinggir yang tidak harus dilihat sebagai perbalahan etnik tetapi sebaliknya hanyalah perbalahan dua pihak yang boleh saja berlaku dalam kandang intraetnik itu sendiri, dan bukan sekadar dalam persepsi silang-etnik. Sebagaimana lunaknya peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa ‘sedangkan lidah lagi tergigit’ apatah lagi situasi iklim kepelbagaian etnik di Malaysia yang bersandar kepada perbezaan bahasa, budaya dan agama sebagai komponen sensitif yang menuntut toleransi tinggi sesama kita.
Walau bagaimanapun kita tidak boleh memandang ringan pada perkembangan hubungan ethnik kontemporari sebagaimana terpancar daripada usaha kerajaan untuk menubuhkan ‘sistem amaran konflik perkauman’ yang akan berpusat di Putrajaya. Nampaknya dengan tertubuhnya sistem sedemikian, kerajaan telah mencari pendekatan ‘adhoc’ iaitu mencegah perbalahan etnik daripada mencambahkan dan menyuburkan benih-benih hubungan mesra antara kaum. Mungkin persepsi saya salah, kerana sebenarnya kerajaan mengutamakan kedua-duanya sekali.
Meninjau realiti politik dan sosial di Malaysia, saya melihat bahawa terdapat elemen-elemen pendekatan yang diambil oleh Malaysia dalam hal membina perpaduan kaum, agak berbeza dengan pendekatan yang dianggap sebagai arus perdana di Barat. Pendekatan yang digunakan oleh kepimpinan Malaysia dalam beberapa aspek berada dalam ekstrim yang bersongsangan berbanding dengan teori perpaduan kaum yang disarankan oleh pemikir-pemikir Barat dan yang diamalkan di sebelah sana.
Bagi sesetengah budayawan, yang menolak model asimilasi, mereka melihat pendekatan ini sebagai satu bentuk ‘penjajahan dalaman’ kerana dalam proses ini berlaku eksploitasi golongan majoriti terhadap golongan minoriti. Namun dalam banyak contoh di sebelah Barat, golongan majoriti itu adalah juga merupakan pihak pemerintah yang melaksanakan dasar memperlemahkan budaya dan bahasa minoriti atas nama perpaduan kaum. Dalam konteks ini, banyak kerajaan Barat yang mempertegaskan penggunaan bahasa rasmi sebagai satu-satunya bahasa komunikasi tanpa sebarang kompromi, baik dalam urusan perkhidmatan awam, pendidikan asas di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Demi mewujudkan perpaduan kaum, ada kerajaan yang mengharamkan penggunaan dan pengajaran bahasa ibunda golongan minoriti sehingga ke tahap menguatkuasakan hukuman ke atas para pelajar yang berkomunikasi antara mereka dalam bahasa minoriti di dalam kawasan dan persekitaran sekolah. Kerajaan Perancis misalnya telah hampir mengharamkan terus penggunaan bahasa Breton, kerajaan British mengharamkan bahasa Welsh dan kerajaan Scotland telah melenyapkan bahasa Gaelic di bumi Scotland. Berbeda dengan Malaysia, kebanyakan kerajaan Barat menolak sama sekali kewujudan sekolah-sekolah monoetnik dan media massa monoetnik.
Dalam konteks perpaduan kaum, Malaysia juga menghadapi banyak masalah kerana kepercayaan dan perbezaan agama tidak memungkinkan proses asimilasi berlaku. Asimilasi dalam konteks budaya juga tidak berjalan lancar kerana setiap kaum melihat bahawa budaya dan tamadun bangsa mereka masing-masing lebih dominan daripada yang lain. Orang-orang India melihat keagungan tamadun Indus yang bermula pada 2500 S.M. lebih agung daripada tamadun Melayu yang mereka lihat hanya bermula pada kira-kira lima ratus tahun dahulu (jika Kesultanan Melaka menjadi tanda aras). Kaum Cina pula melihat ketamadunan China yang bermula kira-kira 2000 S.M. di Peking jauh lebih hebat daripada tamadun Melayu. Banyaklah elemen-elemen ketamadunan ini yang boleh mereka rasionalkan untuk menyokong kelangsungan budaya mereka masing-masing.
Dengan perkiraan sebegini kadangkala saya lihat bahawa kerajaan juga menjadi serba salah dalam hal menentukan halatuju kebudayaan nasional. Misalnya, pada tahun 1982, Tun Mahathir pernah menyatakan bahawa ‘Budaya Melayu harus menjadi ciri-ciri utama budaya nasional, supaya diterima dan diamalkan oleh semua kaum. Malah terdapat juga yang mahukan budaya Melayu dijadikan satu-satunya elemen budaya nasional’ (dipetik daripada Munro-Kua 1996). Walau bagaimanapun pada tahun 1995, Tun Mahathir dengan jelas menyatakan bahawa konsep perpaduan kaum tidak lagi bertunjangkan kepada konsep yang berasaskan budaya Melayu. Menurut Tun, ‘Bangsa Malaysia membawa maksud rakyat yang dikenali sebagai membawa identiti Malaysia, menuturkan bahasa Melayu dan meluhurkan Perlembagaan. Untuk merialisasikan bangsa Malaysia, rakyat harus mula menerima kewujudan masing-masing seada-adanya, tanpa mengira kaum dan agama’ (dipetik daripada Francis Loh Kok Wah dan Khoo Boo Teik 2002). Ertinya rakyat Malaysia harus dilihat sebagai Melayu, Cina dan India sebagimana terpancar melalui amalan budaya masing-masing. Konsep ini condong kepada konsep pluralisme Furnival.
Namun pendirian kerajaan yang sedemikian terhadap perpaduan kaum seperti berdiri atas platform yang berbeza pula jika dilihat pada matlamat yang didokong oleh Wawasan 2020, kerana ia diangkat sebagai suatu ‘Bangsa Malaysia’ tanpa melihat perbedaan warna kulit dan amalan budaya. Secara idealnya tidak akan wujud lagi Melayu, Cina atau India jika Wawasan 2020 direalisasikan. Konsep ini condong pula kepada konsep asimilasi.
Jelaslah bahawa di Malaysia pendekatan asimilasi dirujuk semula kerana saya kira pendekatan inilah dilihat sebagai yang terbaik untuk membina perpaduan kaum yang utuh dan tulen, sekurang-kurangnya dalam konteks peleburan bahasa ibunda etnik minoriti. Pendekatan sedemikian telah lama dibuktikan terbaik bagi Malaysia, misalnya dalam konteks golongan Baba Nyonya di Melaka dan juga di Pulau Pinang, golongan India peranakan atau Mami di Pulau Pinang, dan Arab Peranakan telah meleburkan sehingga mengorbankan bahasa nenek moyang mereka. Malah di kalangan golongan Baba Nyonya tercipta bahasa ‘kreol’ mereka yang tersendiri yang pastinya terbina daripada improvisasi bahasa ibunda golongan majoriti Melayu yang lebih dominan.
Amat jelas juga kita lihat bahawa budaya golongan minoriti dalam konteks asimilasi sosial teradun dalam acuan budaya Melayu meskipun secara halusnya terdapat perbezaan di sana-sini. Namun, jika budaya nasional Malaysia boleh diterjemahkan sebagai budaya etnik peribumi Melayu sebagai asasnya, maka saya lihat bahawa budaya Baba Nyonya, India Peranakan dan Arab Peranakan ini telah menjelmakan satu proses perpaduan kaum yang utuh dan tulen.
Namun realitinya dalam konteks kontemporari, dasar perpaduan kaum Kerajaan Malaysia amat mesra dan bertoleransi terhadap bahasa etnik minoriti. Penggunaan bahasa etnik minoriti tidak pernah dikenakan hukuman malah tidak pernah dilarang digunakan di mana-mana sekolah di Malaysia, meskipun di sekolah-sekolah kebangsaan. Malah diwujudkan pula sekolah-sekolah jenis kebangsaan dengan memberikan hak mutlak kepada etnik minoriti untuk menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengajaran.
Dengan ekstrim pendekatan pluralisme atau konsep ‘mangkuk sayur-mayur’ seperti di Malaysia kita lihat bahawa dalam situasi tertentu bahasa rasmi menjadi bahasa rojak, malah dicampuradukkan pula dengan bahasa Inggeris mungkin untuk menyuntik ciri-ciri lenggok komunikasi antarabangsa. Bahasa Melayu lisan telor Cina dan telor India menjadi tegar diamalkan bukan sahaja apabila golongan ini berkomunikasi sesama mereka, malah disokong dan disuburkan oleh golongan Melayu sendiri ketika berkomunikasi dengan kaum India dan Cina.
Akhir-akhir ini pula, kita lihat DBP mahu dinobatkan secara legitimasinya sebagai ‘polis bahasa’. Saya tidak tahu bagaimana polis ini akan melaksanakan tanggungjawabnya apabila melihat di kebanyakan bandar di Malaysia, papan-papan iklan seringkali mengabaikan penggunaan dan pengutamaan bahasa Melayu. Malah bahasa rojak yang haru-biru dan celaru sudah menjadi identiti yang tegar di papan-papan tanda kedai. Namun pada sudut yang amat jauh dalam hati kecil ini, saya optimistik bahawa DBP akan berjaya walaupun terpaksa mengambil masa yang panjang yang penuh onak dan duri, dan sekali gus menyuburkan perpaduan kaum. Saya juga yakin bahawa kejayaan tersebut haruslah dimulakan dengan semangat kecintaan yang tinggi setiap rakyat terhadap negara ini.
Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina. Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964.
Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini, Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah. Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu.
Perbezaan agama dan budaya
Perbezaan agama dan budaya
Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum india beragama hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.
Pada pandangan anda,mengapakah perlu ada peruntukan istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia:
Pada pandangan saya,peruntukan istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah dibentuk dengan mengambil kira perkembangan sejarah Negara sebelum dan selepas penjajahan dan membuatkan hal ini telah diambil kira bagi merealisasikan cita-cita mewujudkan sebuah Negara yang demokrasi dan adil untuk semua pihak. Beberapa perkara telah diletakkan sebagai peruntukan utama dalam perlembagaan seperti kewarganegaraan, agama, bahasa, kedudukan istimewa orang Melayu dan kebebasan asasi.
Hak-Hak Asasi
Kebebasan asasi seseorang individu adalah diperuntukan dalam Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan asasi boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kebebasan mutlak dan kebebasan terhad . Kebebasan asasi hanya boleh diubah dengan majorit dua pertiga daripada jumlah kesemua ahli Dewan Perundangan. Perkara-perkara kebebasan asasi adalah seperti berikut:
a. Kebebasan diri
Perkara mengenai kebebasan diri telah diperuntukan dalam Fasal 1, Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan tidak seorang pun boleh diambil nyawanya dan dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang.[1] Seseorang yang ditangkap perlu diberitahu dengan seberapa segera sebab-sebab dia ditangkap dan dia dibenarkan untuk membela diri oleh seorang peguam yang dipilih olehnya sendiri. Selain itu, seseorang yang ditangkap dan tidak dilepaskan hendaklah dibawa kehadapan seorang majistret dalam masa 24 jam.
b. Keabdian dan kerja paksa
Perkara 6 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, memperuntukkan bahawa tidak seorang pun boleh ditahan sebab abdi dan kerja paksa.[2]Segala jenis kerja paksa adalah dilarang tetapi parlimen boleh dengan undang-undang, membuat peruntukan bagi perkhidmatan kerahan untuk maksud-maksud Negara. Kerja yang berkaitan dengan menjalankan hukuman penjara tidaklah dianggap sebagai kerja paksa.
c. Kesamarataan di sisi undang-undang
Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama. Fasal 2 memperuntukkan seseorang warganegara itu tidak boleh dibezakan semata-mata atas sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir. Walaubagaimanapun pengecualian terdapat dalam Perkara 153 yang memperuntukan layanan istimewa bagi orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain di Sabah dan Sarawak dalam beberapa lapangan seperti pemegangan jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa-biasiswa dan pengeluaran permit serta lesen.
d. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak
Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa tidak seorang pun warganegara yang boleh dibuang negeri atau ditahan daripada masuk ke dalam Persekutuan. Setiap warganegara berhak bergerak dengan bebasnya dan bermastautin di mana-mana bahagian Persekutuan. Walaubagaimanapun hal ini tertakluk kepada undang-undang imegresen yang berkaitan dengan Sabah dan Sarawak. Keadaan ini tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan denga keselamatan Persekutuan seperti ketenteraman awam, kesihatan awam dan hukuman yang dikenakan kepada pesalah.
e. Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan kebebasan kepada semua warganegara untuk bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan[3]. Namun demikian, parlimen boleh mengenakan sekatan tertentu bagi kepentingan keselamatan, ketenteraman awam atau moral. Adalah menjadi satu kesalahan untuk menyoal perkara-perkara sensitif seperti hak-hak keistimewaan orang Melayu dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
f. Kebebasan beragama
Sungguhpun Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, tetapi setiap warganegara Malaysia berhak mengamalkan agama masing-masing. Setiap Individu berhak untuk mengembangkan agamanya, tetapi undang-undang negeri dan undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama dikalangan orang yang menganut agama Islam. Walau bagaimanapun, kebebasan diberikan kepada kerja-kerja mubaligh di kalangan orang bukan Islam.[4]
Manakala di Sabah dan Sarawak pula, undang-undang negeri yang ingin menyekat apa-apa agama, iktikad dan kepercayaan di kalangan orang Islam berkehendakkan undi sebanyak 23 daripada jumlah bilangan anggota Dewan Undangan Negeri. Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk:
i. Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri.
ii. Menubuh dan menyelenggara yayasan-yayasan bagi maksud agama dan khairat.
iii. Memperoleh dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.
g. Kesamarataan dalam pelajaran
Perkara 12 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan tentang hak mengenai pelajaran. Tidak terdapat sebarang perbezaan terhadap mana-mana warganegara semata-mata kerana agama, kaum, keturunan, tempat lahir untuk mendapatkan pendidikan, iaitu:
i. Dalam pentadbiran mana-mana yayasan pelajaran yang diselenggara oleh suatu pihak berkuasa awam tentang kemasukan murid-murid atau pelajar mengenai bayaran.
ii. Tentang memperuntukkan kewangan dan bantuan kewangan pihak berkuasa awam bagi menanggung atau membiayai murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana yayasan pelajar tertakluk kepada Perkara 153.[5]
Tiap-tiap kumpulan agama diberi kebebasan untuk menubuh dan menyelenggara yayasan-yayasan untuk pelajaran kanak-kanak atau mengenai agama kumpulan itu. Selain itu, tidak terdapat perbezaan semata-mata sebab agama dalam mana-mana undang-undang berkaitan dengan yayasan itu, tetapi dalam undang-undang persekutuan dan negeri, boleh mengadakan bantuan kewangan khas bagi menyelenggara Yayasan Islam atau mengajar mengenai agama Islam kepada penganutnya. Tidak seorang pun diwajibkan menerima apa-apa ajaran mengenai apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang bagi sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.
h. Hak untuk berharta
Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan tidak seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali menurut undang-undang. Undang-undang juga tidak boleh membuat peruntukan untuk mengambil atau menggunakan harta dengan paksa tanpa pampasan yang mencukupi[6].
i. Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang
Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Melalui Perkara 7, memperuntukkan tidak seorang pun yang boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan yang tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang pada masa perbuatan itu dilakukan dan tidak sesiapa juga boleh menanggung hukuman yang lebih berat bagi sesuatu kesalahan daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang pada masa kesalahan itu dilakukan.
Fasal 2 memperuntukkan bahawa seseorang yang telah dibebaskan ataupun disabitkan dengan kesalahan tidak boleh dibicarakan sekali lagi di atas kesalahan yang sama kecuali jika sabitan atau pembebasan itu telah dibatalkan dan perbicaraan semula diperintahkan oleh mahkamah atasan mengenai perkara yang dia telah dibebaskan ataupun disabitkan kesalahan itu.
Membincangkan mengapa perlu ada kebebasan dan masa yang sama ada sekatan terhadap kebebasan tersebut?
Mengapa perlu ada kebebasan dan pada masa yang sama ada sekatan terhadap kebebasan adalah untuk bagi mereka yang menganggap prinsip hak asasi dan kebebasan sebagai hak mutlak manusia dan ini telah menyebabkan sebarang sekatan terhadap pengaliran maklumat dianggap adalah sebagai pencabulan hak asasi manusia.
Contoh, bagi golongan yang taksub kepada kebebasan media, setiap teks, gambar dan video dan sebagainya yang disalurkan menerusi media baharu dan media sosial, begitu juga media tradisional, sepatutnya 'kebal' dari segi undang-undang kerana ia mempunyai fungsi yang besar kepada manusia.
Bagi mereka, setiap manusia berhak untuk mengetahui segala-galanya, manakala media adalah medium penyaluran maklumat sedemikian. Sememangnya, manusia yang mencari kebebasan berhak untuk mendapat segala-galanya tetapi ia juga mempunyai batasannya. Ada maklumat yang disalurkan menerusi internet tidak mengambil kira pelbagai faktor yang menyentuh soal kemanusiaan.
Apabila ada laporan yang mengatakan nahas atau tragedi yang menyebabkan ramai terkorban serta menjadi viral sekelip mata, ia adalah berita dan maklumat yang menjijikkan. Bagi pejuang kemanusiaan pula, sudah tentu mereka menganggap penyebar maklumat palsu dan yang direka-reka seperti ini adalah manusia yang tidak bertanggung jawab. Mereka sepatutnya dikenakan hukuman berat.
Sekat penyebaran maklumat sensitif
Sekiranya, golongan seperti ini, walaupun kecil bilangannya, dibiarkan menyalurkan apa sahaja maklumat, ia boleh mewujudkan suasana yang tidak baik. Di negara yang sensitif kepada isu perkauman dan agama, tindakan mereka boleh menyebabkan ibarat mencurah minyak ke dalam api. Oleh itu, ada alasan kukuh untuk menyekat penyebaran maklumat seperti ini.
Di Malaysia, pelbagai undang-undang digubal untuk membendung kegiatan penyaluran maklumat palsu seperti ini yang boleh menimbulkan suasana tidak tenteram, selain mengambil kira faktor keselamatan dan ketenteraman awam. Selain Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, khusus untuk membendung kegiatan penyaluran maklumat di alam maya, banyak undang-undang lain yang berkaitan bagi menyekat gejala tidak sihat yang boleh mencetuskan pelbagai gejala buruk.
Ini termasuk Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988 dan Akta Hak Cipta 1987 dan sebagainya yang mempunyai fungsinya tersendiri.
Bagi generasi muda, mereka mahukan kebebasan sebagai anak muda yang kononnya bersikap kritikal terhadap isu semasa. Di institusi pengajian tinggi, pelajar mahukan melakukan apa sahaja atas nama kebebasan. Bersandarkan kepentingan orang muda yang akan mengurus negara ini pada masa akan datang, ramai yang bersetuju bahawa mereka sepatutnya diberi kebebasan untuk menonjolkan diri masing-masing sebagai pemimpin masa depan. Sememangnya tidak ada halangan untuk memberi kebebasan dalam memupuk nilai-nilai positif. Apa yang dihalang adalah tindakan yang boleh mencetuskan suasana tidak sihat.
Bagi golongan dewasa, mereka juga bercakap soal kebebasan. Golongan ini bercakap soal kebebasan untuk mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam dan mungkin secara bergurau mereka mahu kebebasan untuk mengamalkan poligami. Di Malaysia, tidak ada halangan untuk mempelajari ilmu agama asalkan ia berpandukan kepada ajaran Islam yang benar. Sebaliknya, jika ajaran yang bertentangan dengan Islam cuba diserap ke dalam pemikiran masyarakat, sudah tentulah ia dikenakan sekatan. Anologinya adalah sama dengan kebebasan hak asasi manusia. Tidak semua maklumat dibenarkan disalurkan kepada masyarakat, terutama jika ia boleh merosakkan pemikiran dan akidah.
dan sebagainya.
Bebas ikut pilihan
Di negara ini, rakyat bebas memilih untuk menyertai mana-mana parti politik kerana ia adalah hak setiap individu. Tidak ada seorang pun dilarang menyertai parti politik yang berdaftar dan mengikut peraturan. Ini adalah hak rakyat menyatakan pendapat menerusi pentas politik masing-masing dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Mereka boleh memilih pemimpin masing-masing setiap kali mesyuarat agung dan setiap lima tahun sekali pula berhak menentukan kerajaan.
Realitinya, setiap warganegara mempunyai kebebasan mengikut undang-undang. Mereka mempunyai hak berhubung soal sivil dan politik. Satu lagi hak dan kebebasan ialah berkaitan soal pendidikan, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Dalam kebebasan pendidikan, rakyat bebas untuk belajar setinggi mana sekali pun, dalam bidang ekonomi pula, mereka bebas untuk menjalankan apa juga urusan yang halal dan dibenarkan. Dalam kebebasan sosial pula, setiap rakyat bebas bergaul atau menjalankan apa juga kegiatan yang sihat.
Begitu juga, dalam kebebasan kebudayaan, rakyat boleh mengamalkan cara hidup dan budaya mereka. Sudah tentu, setiap rakyat bebas untuk menganuti agama masing-masing. Perlembagaan Persekutuan mendukung prinsip kebebasan asasi manusia seperti yang terkandung dalam Bahagian 2: Kebebasan Asasi iaitu Perkara 5 hingga 13 Perlembagaan Persekutuan. Hak itu adalah tonggak kepada demokrasi yang diamalkan di negara ini. Ia juga adalah perkara yang terkandung dalam 'hak asasi manusia sejagat'. Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa semua orang adalah sama rata dan berhak mendapat perlindungan yang sama di sisi undang-undang.
KESIMPULAN:
Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara. Perlembagaan Malaysia yang digubal menjadi garis panduan dalam sistem pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran negupakan tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia. Permara di samping memberikan jaminan perlindungan kepada raykat. Perlembagaan meruafakatan sosial yang dipersetujui sewaktu menggubal Perlembagaan merupakan persetujuan yang telah diterima oleh pelbagai pihak pada ketika itu. Oleh itu, ketinggian Perlembagaaan seharusnya dijunjungi bagi mengekalkan kestabilan negara Malaysia.Selain itu, keistimewaan orang Melayu juga harus dimartabatkan supaya hak-hak orangMelayu diturunkan oleh moyang dapat dikekalkan dan dipertahankan hingga kini.Di samping itu,peruntukan istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia seharusnya ada bagi merealisasikan cita-cita mewujudkan sebuah Negara yang demokrasi dan adil untuk semua pihak.
Sekian, terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Comments
Post a Comment